Negeri Ehime berlokasi di salah satu pulau di Jepun barnama pulau Shikoku. Lokasi berikut kaya dengan sumber alam dan pemandangan sumula jadi yang cantik. Selain daripada itu, pelbagai warisan budaya terdapat di tempêt ini juga. Cuaca di Ehime adalah cerah dan lembut sepanjang tahun. Tarikan utama di Ehime termasuklah Dogo Onsen, Shimanami Kaido, Nanyo (Retro townscape) and 'Tai' (Sea Bream). Selain itu, beberapa bandar popular yang berhampiran seperti Osaka, Hiroshima, Kyoto dan Beppu.
Ehime adalah keluaran buah oren yang terbesar dan terkenal di jepun. Ia mengeluarkan sebanyak 40 jenis buah Oren. Rasa buah oren di sini adalah manis membawa sedikit masam,sungguh sedap dimakan. Maka ia sangat digemari orang ramai. Bulan Nov dan Dec adalah musim keluaran buah oren secara besar-besaran. Cuaca dan alam sekitar di sini amat sesuai untuk penumbuhan pokok buah oren. Dari proses menanam hingga memetik buah dijalankan dengan kawalan yang ketat untuk menjaga kualiti buah oren. Daripada 40 jenis buah oren, buah oren yang bernama Unshu Oren telah mendapat anugerah Double Star Award.
Selain daripada oren, Ehime juga mengeluarkan produk-produk premium yang lain seperti premium jus oren, Shiitake cendawan kering, jeli oren, sup miso, pencuci mulut Ichiroku Taruto dan banyak lagi. Kami akan mempamirkan produk-produk yang tersebut di Ehime Fair, lokasi di Isetan KLCC Foodmarket, dari 11 Nov hingga 30 Nov, Jangan lepas peluang keemasan ini, harap berjumpa di sana.
Ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai Ehime, sila klik di sini.
Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kelana Jaya Line KJ10 ke KLCC
1. KL City Bus (Free) ~ Green Line1
2. Rapid Bus nombor : B103 / B114